AYAT 1
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
KENAPA AYAT PERTAMA INI DIMULAI DENGAN PERTANYAAN
Sebagaimana juga dalam ayat-ayat yang lain, bilamana Allah SWT memulainya dengan pertanyaan adalah bererti menyuruh kepada Rasul-Nya agar diperhatikan dengan bersungguh-sungguh. Kerana kalau hal ini tidak dijelaskan berupa pertanyaan seperti ini, akan disangka orang bahawa mendustakan agama ialah semata-mata kerana menyatakan tidak mahu percaya kepada agama Islam.
Pada awal surah ini, Allah memulainya dengan sebuah pertanyaan. Sebenarnya, boleh saja Allah terus mengkhabarkan tentang orang-orang yang mendustakan agama seperti "Ketahuilah orang-orang yang mendustakan agama." Tapi Allah tidak menggunakan cara itu. Allah memakai bentuk pertanyaan sebagai cara menarik pendengar agar bersedia untuk menerima perkhabarannya. Tentu berbeza ketika kita mendengar, "Ada seorang yang berbuat keji" dengan "Tahukah engkau, ada orang yang berbuat keji."
Kata Ad-Din di hujung ayat ini memiliki banyak pengertian. ada yang memberi erti agama secara mutlak iaitu orang-orang yang mendustakan agama Islam itu sendiri. Walau zahirnya terlihat muslim akan tetapi hakikatnya dia sedang mendustakan agamanya sendiri.
Ada pula yang mengertikan sebagai Hari Pembalasan. Iaitu orang-orang yang mengingkari Hari Kiamat dan Hari Pembalasan. Walaupun mengingkari Kiamat sama dengan mengingkari agama. Kerana percaya pada Hari Akhir termasuk dalam Ushuluddin yang harus diyakini.
TAFSIR JALALAYN
(Tahukah kamu orang yang mendustakan hari pembalasan?) atau adanya hari hisab dan hari pembalasan amal perbuatan. Maksudnya apakah kamu mengetahui akan hal itu?