Thursday, July 13, 2017

TAFSIR AL-MAA'UUN 3

AYAT 3
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makan yang berhak diterima oleh orang miskin.



Dalam ayat sebelum ini disebut perbuatan buruk mereka dengan anak yatim. Sepatutnya mereka kena bantu anak-anak yatim itu. Dan kalau mereka sendiri tidak ada harta, sekurang-kurangnya mereka kena minta tolong dari orang lain. Minta orang lain bantu anak-anak yatim yang berada dalam kesusahan kerana ini adalah tanggungjawab orang Islam.


(Dan tidak menganjurkan) dirinya atau orang lain (memberi makan orang miskin) ayat ini diturunkan berkenaan dengan orang yang bersikap demikian, iaitu Al-'Ash bin Wail atau Walid bin Mughirah.

No comments:

Post a Comment